Blogger Template by Blogcrowds

Hubungan Lelaki Perempuan

Assalamualaikum w.b.t. Tajuk kali ini mungkin agak cliche sebab ramai mungkin dah tau tentang batas hubungan lelaki dan perempuan. Tapi, tak ramai yang tahu apa akibatnya jika kita buat-buat tak endah akan hukum Allah. Sekarang, kalau kita perasan, dekat sekolah/universiti, memang ramai couple2 yang jalan-jalan pegang tangan, ada yang peluk2, ada jugak yang mengalahkan orang kahwin siap masuk hotel. Kawan2 Islam saya sekalian, terdapat sebutan hadis yang mengatakan bahawa

"Adalah lebih baik seorang lelaki itu ditusuk dengan besi yang panas menembusi kepalanya daripada menyentuh seorang perempuan yang bukan muhrim baginya."

Daripada hadis di atas, hubungan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim itu sebenarnya ialah haram. Haram di sini kita boleh kaitkan sebagaimana haramnya seorang Islam memakan haiwan dua alam atau khinzir, haram juga untuk orang Islam berzina. Oleh itu, janganlah memandang ringan terhadap hukum Allah. Tiada istilah 'setakat pegang tangan' atau 'suka-suka', biar setinggi mana sayang anda terhadap kekasih anda, ingatlah bahawa tinggi lagi kasih sayang Allah terhadap kamu.

Lebih baik mati daripada melakukan perbuatan yang haram.


Sekian, salam.
p/s: Sebarkanlah ilmu ini kepada rakan2 sesama Islam. Semoga hidup anda diberkati Allah s.w.t.

0 comments:

Newer Post Older Post Home